Saturday, May 4, 2013

Sahabat Selamanya


Nama dia Sarafina Nabila bt. Mohd. Zamali .. Dia adalah kawan rapat dengan aku. tetapi dia selalu mengajuk lalu aku pujuk. payh nak pujuk dia ketika mengajuk ada pura2 mengajuk..


Nama dia Putri Nur  Alia Fatiehah bt. Mohd. Ziani... Dia adalah kawan paling baik .. dia selalu belanja aku waktu habis sekolah.. dia rajin juga dalam kelas...

Binatang Kesayangan


Kucing adalah binatang kesayangan Nabi Muhammad S.A.W  .. inilah binatang paling aku suka .. comel, manja dan kasih sayang... dulu aku mempunyai kucing bernama BOBO tetapi dia mengajuk lalu pergi meninggalkan aku. Kekuasaan ALLAH membuat makhluk semua termasuk manusia, tumbuhan, binatang dan alam sekitar 'air sungai & laut'...

Thursday, May 2, 2013

Karangan : Laporan Ekspedisi Mendaki Gunung

     Pada 5 April, 2102, Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak mengadakan ekspedisi mendaki gunung oleh Persatuan Pengakap dengan peserta seramai 30 orang murid dan 5 orang guru pengakap. Tujuan persatuan pengakap ialah ekspedisi mendaki gunung. Persatuan pengakap dalam perjalanan ke gunung di Kota Kinabalu, Sabah.
      Peserta persatuan pengakap bersiap sedia ke stesen bas dan suasana di dalam stesen agak sibuk kerana ramai orang yang sedang menunggu di stesen bas. Di stesen sentiasa sibuk dan bising kerana bunyi deruan enjin bas yang sangat kuat. Guru pengakap memberi sedikit taklimat kepada peserta ekspedisi tentang ciri-ciri keselamatan dan mengkaji tumbuhan-tumbuhan terdapat di gunung.
       Di sentiasa sibuk dipenuhi orang ramai yang sedang menunggu bas. Peserta persatuan pengakap berbincang hasil dapatan tentang tumbuhan seperti pokok-pokok herba yang belum pernah dijumpai. Seterusnya membincangkan tugasan seperti memasang khemah, menyediakan makanan dan mengkaji persekitaran yang terdapat di gunung.
        Persatuan pengakap menemui anak sungai, jenis tumbuh-tumbuhan dan persekitaran gunung-ganang yang indah semasa melakukan aktiviti tersebut. Di samping itu, peserta persatuan pengakap berbincang tetang hasil dapatan seperti hasil dari kajian dan meneruskan tugasan yang di beri oleh guru.
        Aktivti seterusnya, peserta persatuan pengakap melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti sukan permainan dapat menghilangkan rasa bosan dan aktiviti yang mencabar dapat menghilangkan fizikal mental dan daya fikiran. Persatuan pengakap mendengar penjelasan dari guru tentang dapatan kajian yang dikajikan. Persatuan pengakap menginap di sana 3 hari 2 malam. Selepas itu, persatuan pengakap membersihkan tapak yang di khemahkan terdahulu.
         Akhirnya, guru pengakap masing-masing membuat majlis penyampaian hadiah kepada peserta persatuan pengakap tersebut. Peserta tersebut berasa gembira dan teruja apabila menerima hadiah dari Pengetua Majlis Persatuan Pengakap. Sebelum itu, peserta tersebut harus berterima kasih tanda mengingati kejayaan. Setelah itu, peserta ahli pengakap di benarkan bertolak pulang ke rumah.

laporan disediakan oleh,                                                                            tarikh :

(tanda tangan)
nama
(Setiausaha Persatuan Pengakap)

Karangan (dialog) : Cara-Cara Mengindahkan Sekolah

CARA-CARA MENGINDAHKAN SEKOLAH

Isi-isi:

- Menyediakan lebih banyak tong sampah
- Bergotong-royong
- Menyediakan pemantauan
- Kempen kebersihan
- Menguatkan kuasa peraturan

Siti: Apa khabar aina?

Aina: Khabar baik.

Siti: Kamu tahu tak bagaimana cara-cara mengindahkan
        sekolah?

Aina: Sekiranya saya tahu bagaimana hendak meng-
          indahkan sekolah ialah bergotong-royong untuk
          menceriakan sekolah, membersihkan kelas, men-
          gecat kelas dan menghiaskan kelas.

Siti: Oh, bagaimana pula menyediakan lebih banyak tong
        sampah.

Aina: Menyediakan lebih banyak tong sampah supaya
          murid-murid di sekolah tidak membuang sampah
          untuk mengelakkan murid-murid membuang
          sampah di merata-rata tempat.

Siti: Jika menyediakan pemantauan sekolah?

Aina: Pengawasan telah menyediakan pemantauan
          sekolah untuk memerhatikan jika ada sampah di
          sekeliling sekolah kita.

Siti: Bagaimana dengan kempen kebersihan diadakan di
        sekolah kita?

Aina: Kempen kebersihan diadakan pada hari ahad
          untuk kesedaran semua murid-murid.

Siti: Oh, kamu tahu tak tentang menguatkan kuasa per-
         aturan? . Saya ingin tahu bagaimana menguatkan
         kuasa peraturan.

Aina: Menguatkan kuasa peraturan ialah pengawasan
          sampah seperti dilarang membuang sampah dan
          didenda jika membuang sampah.

Siti: Jika membuang sampah apa kejadiannya?

Aina: Didenda atau dihukum.

Siti: Bilakah pertandingan kebersihan kelas?

Aina: Pertandingan kebersihan kelas pada hari Isnin.

Siti: Apa yang sekelas kita dapat hadiah itu?

Aina: Hadiah yang kita menang itu ialah sijil kebersihan
          kelas?

Siti: Oh, kalau begitu. Terima kasih aina kerana sudah
        banyak beritahu kepada saya.

Aina: Sama-sama siti.