Wednesday, August 21, 2013

Ucapan: majlis perpisahan guru

  Sebagai ketua murid,kamu dipilih untuk berucap dalam majlis perpisahan akhir tahun

      Yang dihormati Tuan Pengerusi,Guru Besar,guru-guru,rakan-rakan sekalian dan salam sejahtera. Pada hari ini, saya sebagai ketua murid untuk memberikan ucapan di atas pentas ini. 

Hadirin sekalian,

     Dalam majlis ini, ucapan ini tentang guru saya yang akan berpisah dengan kami iaitu Cikgu Aziah beliau ialah guru yang banyak berjasa kepada saya juga rakan-rakan yang lain.

     Beliau bukan sahaja yang banyak berjasa malah guru yang berdedikasi,baik hati dan berdisiplin. Tempat tinggal beliau di Kg.Bukit Nenas, beliau berusia 54 tahun dan beliau mempunyai tiga anak. Saya sangat berhutang budi kepada beliau.

      Beliau pernah terpilih sebagai guru cemerlang. Di dalam kelas, beliau tidak pernah memarahi kami kecuali bising dan bercakap. Oleh sebab itu, saya menghormatinya kerana beliau guru yang berdedikasi. Beliau ditukar ke Sekolah Kebangsaan Taman Murni.

       Saya berharap beliau senang disana dan juga keadaan baik disana. Saya tidak pernah lupa jasanya yang telah dilakukannya. Beliau mengajar saya Bahasa Melayu apabila saya tidak fahami beliau sentiasa membantu saya membuat sebuah karangan.

        Saya juga memohon maaf kepadanya atas kesilapan kepadanya dan juga beribu terima kasih kerana beliau telah mengajar saya bersusah payah. Setakat ini sahaja saya memberikan ucapan dan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di majlis. Wassalamualaikum.



No comments:

Post a Comment